Thursday, December 19, 2013

Ambil Result Punya Cerita

Hari ni result PMR keluar kan? Rasanya perut mak bapak especially maklah yang akan lebih kembung dari anak2. Anak2 chill jer. Jmpa kwn2 mcm buat reunion kat sekolah. Yang mak ni lah nnt yg pucat2 bibir. Nak sembang ngan org sebelah pun kelat jer tekak nak keluarkan perkataan. Mana yg ada kekuatantu tak henti berzikir semoga result anak mereka nnt tidak mengecewakan.
Aku dah lalui tunggu result anak ni dari yg cuma nak tau dpt markah berapa sampailah ke CGPA berapa. Mmg ketar lututlah setiap kali nak melangkah ke sekolah.
Masa result UPSR Abg tak sempat nak ambik sama2 di sekolah sbb cikgu dah umum dulu. Bagi lagi nama anak mula dgn huruf A kan dah awal kena panggil haha. Masa dlm perjalanan dia dah call bagi tau "Mummy, Abg dpt 5A" Alhamdulillah. Sebagai cucu sulung dlm fmly Babah dia, Abg kena set high standard supaya adik2 boleh bench mark. 
Balik kpd ibubapa dan anak2 yg ambik result hari ni, jika mendapat keputusan cemerlang, Alhamdulillah, teruskan kecemerlangan anda. Bagi yg kurang cemerlang, jgn putus asa. Kehidupan hari ini bkn bersandarkan good grade semata2. Tidak dinafikan keputusan yg baik tu penting. Ada degree tu penting tetapi seandainya result kurang memuaskan ada beberapa perkara kita boleh buat.
Pertama, buat yg lebih baik dlm SPM nnt. Berusaha utk atasi kelemahan sekarang. 
Kedua, cari kelebihan anda. Gunakan ia sebaik2nya. Jika perlu ke Kolej Vokasional, teruskan. Asah bakat dan kelebihan anda di sana. Bnyk pilihan yg kita ada.
Ketiga, jika mungkin anda lemah dlm arus pendidikan perdana ttp mempunyai kekuatan dlm bidang agama, carilah sekolah yg bersesuaian. Ramai ustaz2 muda yg boleh menjana pendapatan melalui berdakwah. Selain meraih pendapatan fikirkan ttg pahala yg anda kutip setiap kali org mengamalkan apa yg anda kongsikan bersama mereka.
Result yg kurang baik bukan bermaksud dunia sudah berakhir. Pilihan sentiasa ada. Terpulang kepada anda nak menentukan hala tuju hidup anda sndri selepas ini.
Bagi ibubapa pula teruskan sokongan kpd anak2 anda. Tunjukkan yg anda sentiasa bersama mereka di saat suka dan duka. Jauhkan sikap suka membanding2kan pencapaian anak2. Apa yg kita lakukan terhadap mereka hari ini memcerminkan tindakan mereka terhadap kita di masa akan dtg. 
So jgn tensi2. Bawak bertenang. Hidup perlu diteruskan. 

No comments:

Post a Comment