Wednesday, January 29, 2014

Saigon

As Salam and as promised serba sedikit pasal Saigon dan ini adalah entry khas buat yg pertama kali ingin ke sana ya. Yang dah biasa pergi bacaan ke atas entry ini adalah risiko anda sendiri huhu.

Jika niat anda ke Saigon semata2 nak bershopping bukan nak sight seeing sekali maknanya 3 hari 2 mlm dah mencukupi. Sebab apa saya berkata demikian? Sbb tempat yg perlu anda lawati cuma Ben Thant Market dan kawasan sekitarnya. Walaubagaimanapun jika anda berkeinginan melawat ke Cu Chi Tunnel, a must place to visit anda spare lah 1 hari lagi dan jika ingin merasai pengalaman menyusur ke MekongRiver tambahkah sehari lagi. 

Tempat pertama yg perlu anda lawat adalah Ben Thant Market, wajib bagi yg tujuannya nk bershopping. Di dlm pasar ni, mmg mcm2 ada. Dari pakaian hinggalah ke makanan. Dari kasut hinggalah ke bag2. Dari accessories sampailah ke barang mekap. Semua serba lengkap.

Risaukan bahasa pertuturan? Tidak perlu. 90% boleh berbahasa Melayu jika sekadar nak tawar menawar. Jgnkan peniaga, bahkan pengemis pun boleh berbahasa Melayu sekadar berkata " Kakak, tolong kakak". Jadi simpan kerisauan anda ttg bahasa apa perlu dipertuturkan.

Dalam pasar ni bukan semua boleh tawar menawar. Perhatikan, ada sign board yg tertera 'Fixed Price' apa yg anda boleh lakukan di sini cuma tanya harga barangan dalam Dong dan USD. Kerana biasanya membeli dalam matawang USD adalah lebih murah berbanding Dong. Hermmm.... Macamana nak tahu lebih baik yg mana? USD ke Dong? Perkara pertama perlu anda tahu adalah exchange rate. Contohnya:- 
Tukaran anda dari USD ke Dong adalah -> 1 USD = 20,000 D
Tukaran dari USD ke RM adalah -> 1 USD = RM 3.30
Bermaksud RM 1 = 6,061 Dong. 
Catatkan di kertas dan lihat apabila anda membeli atau membuat penawaran. 

Biasanya kedai yg menjual pakaian modern di dalam pasar yang ada fixed price juga kedai2 di luar kaki lima pasar, menjual bag2 dan t.shirts. 

Balik ke dlm pasar semula antara yg menjadi kegilaan rakyat Malaysia yang bertandang adalah kain2 cotton, kain utk jubah dan baju kurung juga barangan spt alas meja, sarung cushion termasuk juga pelbagai bag berjenama. Ada kedai yg menawarkan perkhidmatan menjahit baju secepat 2 jam atau sehari yg paling lama. Setelah pemilihan kain dibuat dan ukuran badan diambil serta byran dilunaskan, baju yg anda tempah akan dihantar terus ke hotel. Pastikan anda ingat nama dan no bilik anda. Setelah itu teruskan misi anda melihat barangan yang lain. 

Hampir semua barangan kecuali yg tertera fixed price perlukan penawaran. Saya akan membuat penawaran melebihi 50%. Dan biasanya saya berjaya. Caranya? Cuma tnya jika anda btl2 berminat kerana mereka akan membuat anda membeli barangan yg anda tnya tidak kira apa yg berlaku kecuali anda seorang yg berjiwa kental. Saya membeli barangan yg ditawarkan pada harga USD50 pada harga RM50 sahaja. Dan ada juga yg ditawarkan pada harga USD 85 pada harga USD 30 sahaja. Caranya? Tnya dgn muka yg mcm tudak terlalu berminat. Terus kepada harga yg anda mahu. Jgn bertolak ansur. Jika btl harga yg anda tawarkan merka ttp akan menjual kepada anda buatpun anda telah meninggalkan premis mereka dan berada agak jauh. Jadi jgn terperanjat jika tiba2 mereka mengejar dan menangkap anda. Syaratnya, mesti beli huhu.

Buat satu pusingan complete dahulu sebelum mula membeli kerana nnt anda akan terbeli pada harga yg mahal sedangkan ada kedai yg menawarkan harga yg lebih rendah selepas itu. 

However, saya lebih menyarankan anda melihat2 juga kedai2 diluar pasar tersebut selain lebih selesa ia juga adakalanya lebih murah. Tidak perlu anda pening2 kepala tawar menawar dlm keadaan yg sesak.

Seperti di negara kita di sana pun tidak kurang kes2 pick pocket ataupun ragut. jadi berhati2lah semasa membeli belah atau bersiar2. jaga barangan peribadi anda, wallet, hp, camera, plg penting passport dan barangan kemas juga.

Owh ya, jgn risau pasal makan kerana begitu banyak restoran yang menawarkan makanan vietnam yang halal malah anda jjuga boleh dapati makanan melayu dgn mudah. yg penting dananya mencukupi sepajang anda berada di sana.

Selamat mengembara dan selamat membeli belah!