Sunday, December 22, 2013

Clean As You Go

Aku pernah kena tegur oleh seorang kwn bila aku mengemaskan sisa2 makanan lepas kami makan dan membuangnya selepas kami makan di Mc D. "Dahlah tu Moi" katanya. Haha mesti dia malu ada kwn mcm aku kan. 
Mmg keuarga kami akan mengemaskan meja mkn kami jika mkn di restoran mkn segera. Konsepnya mudah, lebih baik mengemaskan sisa makanan sndiri dari kemaskan sisa makanan org lain. Kenapa demikian? Biasa kita alami tertunggu2 pekerja restoran utk mengemaskan meja yg kita duduki selepas ditinggalkan oleh org sblmnya. Kdg2 jika waktu sibuk mereka tidak terus dtg ke meja kita. Suka atau tidak kita akan mengemaskan meja tersebut jika kita mahu mengguanakannya segera. Andainya semua org praktikkan mengemaskn meja sendiri sblm pergi masalah tersebut tidak akan berlaku. 
Pasti ramai antara kita pernah belajar atau melancong ke luar negara kan? Perkara mcm ni menjadi satu kemestian. Mereka telah dilatih utk memastikan meja mereka bersih sblm meninggalkan meja tersebut. Cuma di Malaysia anda akan kelihatan pelik jika mengemaskan meja selepas mkn. 
Ayuh mulakan tabiat baik ini, perubahan kecil dari kita akan membawa perubahan besar jika semua melakukan perkara yang sama. Bakarlah sedikit kalori selepas kita makan kan lebih sihat begitu. Selamat Berhujung Minggu!

No comments:

Post a Comment