Sunday, December 29, 2013

Benda Yang Paling Hampir


Apa benda yang paling hampir dengan kita? Rasanya semua org tahu jawapannya iaitu Kematian. Samada selangkah ke hadapan, ke belakang, ke kiri atau ke kanan kematian hanya selangkah dari kita. 

Semalam aku kehilangan seorang sahabat baik, arwah meninggalkan kami pada usia cuma 40 tahun akibat komplikasi pelbagai penyakit kronik yg dialaminya. Hari ini aku menziarahi pusara arwah sepupuku yang meninggal dunia genap setahun yang lalu. Juga meninggal pada usia yg cukup muda. 

Aku bukan nak bercerita ttg persiapan meghadapi kematian dari segi kerohanian kerana bnyk dah diajar, diberitahu dan dikongsikan oleh Ustaz, Ustazah, Alim Ulama mahupun Pendakwah. Apa yang aku nak kongsikan adalah apa yg kita sediakan utk keluarga yang bakal kita tinggalkan setelah kematian menjemput kita. 

Secara jujur, jawab pada diri sendiri, cukupkah harta atau kewangan yg anda tinggalkan kepada keluarga terutama anak2 dan isteri, ini soalan utk para suami 
.Jika kematian menjemput sekarang adakah apa yang anda tinggalkan cukup utk mereka, tidak perlu mereka merubah gaya hidup atau anda mahu keluarga anda menjadi susah dan sukar meneruskan kehidupan sehari hari akibat ketiadaan anda di sisi mereka?

Sebenarnya ada beberapa perkara yg perlu atau dapat anda lakukan.

1. Pantau tahap kesihatan anda. Pastikan anda mengamalkan cara hidup yg sihat. Kematian itu pasti tapi Allah juga mahu kita memelihara kesihatan kita sendiri. 

2. Jika sudah ditimpa penyakit berusahalah sehabis baik agar penyakit itu dpt dikawal. Mknlah ubat atau ambillah supplements.

3. Jika ada peruntukkan ambillah takaful utk diri anda sendiri. Supaya apabila anda tiada, akan ada org yg dtg membantu meringankan beban keluarga dgn tabungan yang anda sediakan. 

4. Buatlah wasiat utk apa juga harta yg anda ada, rumah, simpanan, saham2, unit trust dan juga EPF 
anda. Jgn tggu sehingga anda rasa anda cukup tua baru nak buat wasiat. Kasihanilah anak2 dan isteri anda dan mungkin juga ibu atau bapa yg biasanya 
anda yang tanggung perbelanjaan mereka. Jgn biarkan mereka menderita selepas kematian anda.

Kematian dtg dlm pelbagai cara samada kita mati akibat sakit, kemalangan atau mati mengejut. Tidak ada satu manusiapun atas muka bumi ni yang tahu bila dia akan mati. Jadi apa alasan kita utk tidak menyediakan apa yg sepatutnya kita lakukan jika esok kematian menjemput kita. 






No comments:

Post a Comment