Monday, December 30, 2013

Cucu Atuk

Malam td sblm masuk tido Adik EZ ckp bestnya adik tido dgn selimut Atuk Adik suka pakai selimut ni ada bau Atuk. Nnt nyenyak Adik tido. Aku ckp patut Adik nk pakai selimut Mummy sbb Adik anak Mummy. Dia kata yerlah Adik nak selimut Atuk sbb Atuk yg jaga Adik masa Mummy kerja, masak utk Adik hantar Adik pergi sekolah, jemput Adik, jaga Adik dan buat mcm2 utk Adik. Hello Bro! Mummy yg lahirkan dia, dia x sebut langsung huhu. 
Tapi aku happy sbb budak umo 10 tahun pun tau kenang jasa dan sebut semua kebaikkan org kat dia. Ini ada sesetengah org dah dipelihara, diberi perlindungan, pendidikan dan kasih syg pun xtahu nak bersyukur dan cuba membalas jasa. Nak dijadikan musuh ada lagi pada org yg b yk berkorban utk dia. Aku selalu pesan pada adik2 dan anak2 aku. Selepas mereka ada hidup sendiri nnt jika mereka x menyenangkan aku xapa cuma jika boleh jgn nak menyusahkan! 

Sunday, December 29, 2013

Benda Yang Paling Hampir


Apa benda yang paling hampir dengan kita? Rasanya semua org tahu jawapannya iaitu Kematian. Samada selangkah ke hadapan, ke belakang, ke kiri atau ke kanan kematian hanya selangkah dari kita. 

Semalam aku kehilangan seorang sahabat baik, arwah meninggalkan kami pada usia cuma 40 tahun akibat komplikasi pelbagai penyakit kronik yg dialaminya. Hari ini aku menziarahi pusara arwah sepupuku yang meninggal dunia genap setahun yang lalu. Juga meninggal pada usia yg cukup muda. 

Aku bukan nak bercerita ttg persiapan meghadapi kematian dari segi kerohanian kerana bnyk dah diajar, diberitahu dan dikongsikan oleh Ustaz, Ustazah, Alim Ulama mahupun Pendakwah. Apa yang aku nak kongsikan adalah apa yg kita sediakan utk keluarga yang bakal kita tinggalkan setelah kematian menjemput kita. 

Secara jujur, jawab pada diri sendiri, cukupkah harta atau kewangan yg anda tinggalkan kepada keluarga terutama anak2 dan isteri, ini soalan utk para suami 
.Jika kematian menjemput sekarang adakah apa yang anda tinggalkan cukup utk mereka, tidak perlu mereka merubah gaya hidup atau anda mahu keluarga anda menjadi susah dan sukar meneruskan kehidupan sehari hari akibat ketiadaan anda di sisi mereka?

Sebenarnya ada beberapa perkara yg perlu atau dapat anda lakukan.

1. Pantau tahap kesihatan anda. Pastikan anda mengamalkan cara hidup yg sihat. Kematian itu pasti tapi Allah juga mahu kita memelihara kesihatan kita sendiri. 

2. Jika sudah ditimpa penyakit berusahalah sehabis baik agar penyakit itu dpt dikawal. Mknlah ubat atau ambillah supplements.

3. Jika ada peruntukkan ambillah takaful utk diri anda sendiri. Supaya apabila anda tiada, akan ada org yg dtg membantu meringankan beban keluarga dgn tabungan yang anda sediakan. 

4. Buatlah wasiat utk apa juga harta yg anda ada, rumah, simpanan, saham2, unit trust dan juga EPF 
anda. Jgn tggu sehingga anda rasa anda cukup tua baru nak buat wasiat. Kasihanilah anak2 dan isteri anda dan mungkin juga ibu atau bapa yg biasanya 
anda yang tanggung perbelanjaan mereka. Jgn biarkan mereka menderita selepas kematian anda.

Kematian dtg dlm pelbagai cara samada kita mati akibat sakit, kemalangan atau mati mengejut. Tidak ada satu manusiapun atas muka bumi ni yang tahu bila dia akan mati. Jadi apa alasan kita utk tidak menyediakan apa yg sepatutnya kita lakukan jika esok kematian menjemput kita. 






Wednesday, December 25, 2013

Cuti Sekolah

Aku bukanlah pandai sgt pun nak bagi tips pasal pendidikan anak2 tapi sepanjang hampir 20 tahun jadi isteri dan ibu ni adalah beberapa perkara yg aku amalkan dlm mendidik anak2.
1. Cuti sekolah atau tak, time bangun tido sama jer. Waktu subuh. Kdg2 lepas solat tu aku bagilah dorang tido semula sekejap.
2. TV akan ditutup dari jam 10-2 ptg. Lepas solat Zohor dan makan baru boleh tonton TV semula.
3. Mandi ptg sblm kul 7 mlm. Nasib baik anak2 aku semua jenis x suka main kat luar rumah kecuali aku yg bawak g jog or riadah ptg. Termasuklah si Abg yg dah nak menjangkau 20 tahun tu.
4. Mcm cuti kali ni, Baby kena buat revision utk form 4 sbb net year nak SPM. Adik pulak dah start buat latihan tuk Tahun 5 pnya subject. Jadi masa tak terbuang begitu sahaja.
5. Bila mengemas umah, let them involve, x ada nk jd mem and tuan besar kat umah. Sama2 buat kerja menyental ke mengemas ke. Baby hari2 tugas dia cuci pinggan mangkuk. Adik buang sampah ngan mengvacuum lantai. Jika dah biasa buat xder masalah nak suruh. Tau sendiri jer nak buat apa. 

Yang penting bila ada duit lebih kami aku bwk dorang mkn apa dorang nak. X ada tunggu benda2 istimewa birthday ke apa. Sbb kita cari duit ni pun mmg utk dorang gak kan. Simpan kat bank berkepuk pun tp anak nak mkn sedap pun payah susahlah mcm tu. 

Tu jer lah yg aku buat, cuti sekolah pun nak habis dah. Lagilah dorang kena bangun awal dan sibukkan diri ngan study supaya nnt bila dah start sekolah xadalah payah jadinya sbb dah buasa melepak sepanjang cuti.

Tuesday, December 24, 2013

Hari Ni Hari Apa?

Malam td lepas small celebration birthday adik aku yg no. 3, adik aku yg bongsu bersiap nk keluar. Aku tnya nk kemana? Ko x kerja ke esok mlm2 nak kelua? Dia ckp " Ala rileks arr Ngah, esok last day keje tu cuti" aku pun iya kan jer lah. Pas tu aku tukar channel TV ke 393 konon nk tggu KimTan aku muncul. Alih2 citer lain. Aku bising arr tnya bdk2 ni kenapa The Heirs x ada mlm ni. Anak aku ckp The Heirs kan Rabu n Khamis saja. Aku kata hari ni bkn hari Khamis ke? Semua pakat2 marah kat aku ckp hari ni baru Isnin. Cepat btl aku nak Khamis. Mentang2lah dah x kerja huhu.
Mmg btl pun aku x igt hari dah. Yg adik aku pun 1 dia kata esok last keje kenapa dah aku igt esok tu Jumaat kekeke. 
Ampun jer lah ya bagi yg bekerja. Ada 4 hari lg sblm hujung minggu menjelma. Selamat menjalankan tugas!

Sunday, December 22, 2013

Clean As You Go

Aku pernah kena tegur oleh seorang kwn bila aku mengemaskan sisa2 makanan lepas kami makan dan membuangnya selepas kami makan di Mc D. "Dahlah tu Moi" katanya. Haha mesti dia malu ada kwn mcm aku kan. 
Mmg keuarga kami akan mengemaskan meja mkn kami jika mkn di restoran mkn segera. Konsepnya mudah, lebih baik mengemaskan sisa makanan sndiri dari kemaskan sisa makanan org lain. Kenapa demikian? Biasa kita alami tertunggu2 pekerja restoran utk mengemaskan meja yg kita duduki selepas ditinggalkan oleh org sblmnya. Kdg2 jika waktu sibuk mereka tidak terus dtg ke meja kita. Suka atau tidak kita akan mengemaskan meja tersebut jika kita mahu mengguanakannya segera. Andainya semua org praktikkan mengemaskn meja sendiri sblm pergi masalah tersebut tidak akan berlaku. 
Pasti ramai antara kita pernah belajar atau melancong ke luar negara kan? Perkara mcm ni menjadi satu kemestian. Mereka telah dilatih utk memastikan meja mereka bersih sblm meninggalkan meja tersebut. Cuma di Malaysia anda akan kelihatan pelik jika mengemaskan meja selepas mkn. 
Ayuh mulakan tabiat baik ini, perubahan kecil dari kita akan membawa perubahan besar jika semua melakukan perkara yang sama. Bakarlah sedikit kalori selepas kita makan kan lebih sihat begitu. Selamat Berhujung Minggu!

Friday, December 20, 2013

Aku Putus Asa

Haha sentap tak status aku tu....mana x putus asa. Aku try r nak masukkan gambar kat dlm entry aku kan. Tapi mcm x nk keluar jer gambar tu. Dari pagi aku dah cuba....xlepas-lepas. Betul arr kata kakak kat FB aku Blog ni menyakitkan ati kalo nak attach apa2 gambar.
Abess kalo xada gambar mcmana blog aku nak lawa? Nak ada variety? Tak kan nak tulisssss je memanjang.
Munch, kau jgn nak ketawakam aku eh. Aku akan berusaha bersungguh2 supaya Blog aku ni lawa lagi popular supaya kau betul2 enjoy your stay here.

TOLONG!!! I need help!

Thursday, December 19, 2013

Ambil Result Punya Cerita

Hari ni result PMR keluar kan? Rasanya perut mak bapak especially maklah yang akan lebih kembung dari anak2. Anak2 chill jer. Jmpa kwn2 mcm buat reunion kat sekolah. Yang mak ni lah nnt yg pucat2 bibir. Nak sembang ngan org sebelah pun kelat jer tekak nak keluarkan perkataan. Mana yg ada kekuatantu tak henti berzikir semoga result anak mereka nnt tidak mengecewakan.
Aku dah lalui tunggu result anak ni dari yg cuma nak tau dpt markah berapa sampailah ke CGPA berapa. Mmg ketar lututlah setiap kali nak melangkah ke sekolah.
Masa result UPSR Abg tak sempat nak ambik sama2 di sekolah sbb cikgu dah umum dulu. Bagi lagi nama anak mula dgn huruf A kan dah awal kena panggil haha. Masa dlm perjalanan dia dah call bagi tau "Mummy, Abg dpt 5A" Alhamdulillah. Sebagai cucu sulung dlm fmly Babah dia, Abg kena set high standard supaya adik2 boleh bench mark. 
Balik kpd ibubapa dan anak2 yg ambik result hari ni, jika mendapat keputusan cemerlang, Alhamdulillah, teruskan kecemerlangan anda. Bagi yg kurang cemerlang, jgn putus asa. Kehidupan hari ini bkn bersandarkan good grade semata2. Tidak dinafikan keputusan yg baik tu penting. Ada degree tu penting tetapi seandainya result kurang memuaskan ada beberapa perkara kita boleh buat.
Pertama, buat yg lebih baik dlm SPM nnt. Berusaha utk atasi kelemahan sekarang. 
Kedua, cari kelebihan anda. Gunakan ia sebaik2nya. Jika perlu ke Kolej Vokasional, teruskan. Asah bakat dan kelebihan anda di sana. Bnyk pilihan yg kita ada.
Ketiga, jika mungkin anda lemah dlm arus pendidikan perdana ttp mempunyai kekuatan dlm bidang agama, carilah sekolah yg bersesuaian. Ramai ustaz2 muda yg boleh menjana pendapatan melalui berdakwah. Selain meraih pendapatan fikirkan ttg pahala yg anda kutip setiap kali org mengamalkan apa yg anda kongsikan bersama mereka.
Result yg kurang baik bukan bermaksud dunia sudah berakhir. Pilihan sentiasa ada. Terpulang kepada anda nak menentukan hala tuju hidup anda sndri selepas ini.
Bagi ibubapa pula teruskan sokongan kpd anak2 anda. Tunjukkan yg anda sentiasa bersama mereka di saat suka dan duka. Jauhkan sikap suka membanding2kan pencapaian anak2. Apa yg kita lakukan terhadap mereka hari ini memcerminkan tindakan mereka terhadap kita di masa akan dtg. 
So jgn tensi2. Bawak bertenang. Hidup perlu diteruskan. 

Wednesday, December 18, 2013

Sudah 3 hari

Hari ni sudah melepasi hari ke 3 aku menghabiskan masa sebagai suri rumahtangga. Bangun pagi menghadap muka anak2. Buatkan sarapan teman dorang study, buat house chores. Selayaknya kerja seorang ibu lah kan.
Menjelang tengahari aku dah kind of lost. Mcm, what to do next? Sbb kalo time kerja aku mmg ligat. G buat marketinglah, jumpa clients, meeting, paling2 aku sibuk dgn paperwork yg tak pernah habis kat offc. Ini tiba2 aku mcm ada masa yg sgt bnyk. 
Sebenarnya aku ada commitment lain jugak, ada 2 helai baju cust yang nak kena manikkan tapi aku put on hold dulu. Aku mmg nak habiskan masa sbg suri rumahtangga yg sebetul2nya. Minggu depan baru nak jadi multitasking. Wear a few hats in a day. Housewife, Businesswoman, Beaders, Driver, Baby Sitter, Housekeeper dan tak tahu apa lagilah nnt. 
Okaylah aku nak masak tuk dinner...nnt ada bahan lagi aku kongsikan kat sini. 

I am back!

It has been so long x masuk rumah sendiri. Org ber-blog aku pun nak ber-blog jugak haha. Tapi tak apa it's never too late. M figuring out mcmana nak mengemaskini blog ni ikut cita rasa aku lah kan. Yg kdg2 happy kdg2 moody. So we'll just see what happen next lah ya.